KENAPA MEMILIH KAMI?

BIMBINGAN 'DOUBLE'
Bukan satu tapi DUA pembimbing sewaktu umrah dalam satu kumpulan agar jemaah boleh diberi tumpuan dan senang dijaga.

RUJUKAN-READY
Pembimbing kami ada bersama supaya cepat memberi khidmat dan bersedia untuk menjadi rujukan para jemaah.

PROGRAM PENUH
Kami isikan masa-masa terluang dengan Program Berpengisian seperti Tazkirah, Majlis Ilmu dan yang Taaruf sesama jemaah

ZIARAH BERSIRAH
Setiap Ziarah menekankan pengisian tentang sirah perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat yang bertujuan untuk memberi kesan pada hati .

KEBAJIKAN TERJAGA
Setiap perlepasan terhad jumlah jemaahnya. Dan setiap perlepasan ada ketua kumpulan masing2 untuk mudah mengurus terutama pada hal-hal kebajikan. Anda tak sendirian di sana.

SERVIS LEBIH PERSONAL
Sentiasa berinteraksi dengan jemaah bagi memberikan khidmat terbaik. Terutama kepada yang pertama kali pergi umrah. Setiap permasalahan In Sha-Allah dibantu.
MUSIM BIASA
TARIKH | HARGA DEWASA (RM) | ||
---|---|---|---|
BER 4-5 | BER-3 | BER-2 | |
16 OKT - 27 OKT | 5990 | 6390 | 7090 |
14 NOV - 25 NOV | 5990 | 6390 | 7090 |
08 JAN - 19 JAN | 6790 | 7190 | 7890 |
19 JAN - 30 JAN | 5990 | 6390 | 7090 |
30 JAN - 10 FEB | 6190 | 6490 | 7190 |
10 FEB - 21 FEB | 6190 | 6490 | 7190 |
04 MAC - 15 MAC | 5290 | 5490 | 5790 |
NOTA :
- Dewasa : Dari umur 12 Tahun Ke Atas
- Kanak2 : Dari 2 Tahun – 11 Tahun 11 Bulan
- Bayi : Dari 1 Tahun 11 bulan ke bawah
*Harga dan Tarikh tertakluk pada perubahan semasa.
MUSIM CUTI SEKOLAH
TARIKH | HARGA DEWASA (RM) | ||
---|---|---|---|
BER 4-5 | BER-3 | BER-2 | |
30 NOV - 11 DIS | 6190 | 6390 | 6790 |
09 DIS - 20 DIS | 6990 | 7490 | 8490 |
18 DIS - 29 DIS | 6990 | 7490 | 8490 |
18 MAC – 29 MAC | 6590 | 6890 | 7590 |
NOTA :
- Dewasa : Dari umur 12 Tahun Ke Atas
- Kanak2 : Dari 2 Tahun – 11 Tahun 11 Bulan
- Bayi : Dari 1 Tahun 11 bulan ke bawah
*Harga dan Tarikh tertakluk pada perubahan semasa.
KETERANGAN PAKEJ
MAKLUMAN PENTING
- Jadul Penerbangan Tertakluk kepada perubahan pihak Airlines.
- Status Visa Umrah dibawah kelulusan Kementerian Haji Arab Saudi
- Caj Tambahan Visa Umrah 2000 Riyal dikenakan sekiranya pernah menunaikan umrah dalam tempoh 2 tahun hijrah.(Jika ada perubahan dimaklum kemudian)
- Harga Tambahan dikenakan sekiranya terdapat kenaikan pada harga tiket , VISA, pertukaran matawang , caj bahan api dan SEBARANG caj tambahan dari pihak Arab Saudi.
- Semua harga dalam pakej adalah mengikut nilai Ringgit(MYR) semasa. Disebabkan nilai Ringgit berubah berbanding US Dollar (USD) dan Saudi Riyal(SAR), harga pakej ZAHEEN TRAVEL (ZAHEEN) boleh berubah mengikut nilaian Ringgit semasa berbanding USD dan SAR
- ZAHEEN berhak mengubah harga pakej dan notis perubahan akan diberitahu kepada mereka yang telah berdaftar dengan ZAHEEN sahaja (sekiranya berlaku perubahan).
PAKEJ TERMASUK
- Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi Pergi & Balik
- Pengurusan Visa Umrah
- Insurans Takaful Berkumpulan (80 Tahun Ke Bawah)
- Penginapan Di Makkah 6 Malam
- Penginapan Di Madinah 4 Malam
- Umrah 3 Kali
- Makan/Minum 3 Kali Sehari Di Madinah & Makkah
- Makan sahur dan Iftar Di Madinah & Makkah untuk pakej Ramadhan
- Makan/Minum Sewaktu Perjalanan Makkah-Madinah (Atau Sebaliknya)
- Pengangkutan Darat Berhawa Dingin (Program Didalam Pakej Sahaja)
- Ziarah Kota Makkah & Madinah
- Khidmat Mutawwif & Muzawwir Sepanjang Pakej
- Khidmat Mutawif Ke-2 Semasa Tawaf & Saie (Sewaktu Umrah Pertama)
- Khidmat Ustazah Raudhah Untuk Jemaah Wanita (1 Kali)
- Khidmat Petugas Semasa Urusan Daftar Masuk Di Lapangan Terbang Malaysia
- Khidmat Urusan Bagasi Jemaah Di Lapangan Terbang Jeddah
- Upah Untuk Petugas Hotel Di Makkah & Madinah
- Upah Untuk Pemandu Di Makkah & Di Madinah
- Makan Bungkus Di Lapangan Terbang Malaysia
- 5 Liter Air Zam-Zam Setiap Jemaah
- Kursus Umrah (1 Kali)
- Cenderahati iaitu Kelengkapan SET KEMBARA ZAHEEN : Beg Bagasi 24” beroda empat, Beg Bimbit Bertroli, Beg Sandang, Uncang Kasut, Buku Panduan Umrah, Tag Nama Dan Tag Bag , “Button Badge'
PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Caj Daftar Masuk Awal / Keluar Lewat di Hotel
- Sebarang Ziarah yang tidak dinyatakan didalam Pakej
- Belanja Personal : Telefon, Faks, Internet, Urusan Dobi
- Makanan & Minuman selain yang dinyatakan
- Kos Tambang Ke Hospital/Klinik & Khidmat Pengiring/Petugas
- Kos Farmasi (Ubat-Ubatan)
- Caj Bagasi jika melebihi HAD TIMBANGAN YANG DIPERUNTUKKAN pihak penerbangan.
PENGINAPAN

Safwah Tower atau setaraf di Makkah
Paling depan ! Paling dekat!
Jarak ~50 meter ke dataran masjid

Le Meridien Tower atau setaraf di Makkah
Shuttle Bus 24 jam disediakan. Hanya 3 minit sahaja dari hotel (dengan menaiki shuttle) . Jarak ~1.5 km.

Dar Al Naeem atau setaraf di Madinah
Dekat dengan pintu 25 (wanita) !
Jarak ~200 meter ke dataran masjid.
SOAL JAWAB
Soalan-soalan berkaitan yang sering ditanya. Klik ikon (+) untuk jawapan
Tidak perlu. Tempahan dan pendaftaran boleh dibuat secara online sahaja. Sebarang pertanyaan, anda boleh whatsapp kami di nombor +6017-361-4486 / +6019-980-1003
Boleh. Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM1000.00 ( setiap seorang ) dan baki bayaran hendaklah dijelaskan penuh 45 hari SEBELUM tarikh berlepas.
Sebarang pembayaran berkaitan pakej mesti dibayar ke dalam akaun CIMB :
- Nama : ZAHEEN TRAVEL ASSOCIATES SDN BHD
- No. Akaun: 800 362 6194
Whatsapp slip bayaran atau emel kepada umrah@zaheentravel.com
Pastikan anda menerima resit rasmi dari pihak ZAHEEN Travel.
Jemaah perlu menyediakan :
DOKUMEN UTAMA (Wajib disediakan Setiap Seorang)
1. Paspot Malaysia ( Tempoh sah laku tidak kurang 7 BULAN dari tarikh berlepas ) & mempunyai 4 muka surat kosong berturutan.
2. Buku / Sijil Suntikan Meningitis ACYW 135 ( SETIAP seorang )
3. Pengesahan Jenis Darah
4. EMPAT keping gambar berwarna. ( SETIAP seorang )
- Saiz gambar berukuran 6cm x 4cm
- Berlatar belakang putih
- Zoom muka 80%
- Wanita : Bertudung HITAM
- Lelaki : Tidak memakai songkok/kopiah/apa-apa diatas kepala
5. Salinan Kad Pengenalan yang terang dan jelas. ( SETIAP seorang )
DOKUMEN SOKONGAN (Wajib disediakan Jika Mahram Turut Serta)
Keperluan Dokumen Sokongan adalah tertakluk kepada perubahan syarat permohonan Visa Umrah Musim Baru setiap tahun dari pihak Arab Saudi.
Sekiranya anda pergi bersama ahli keluarga yang lain, hubungi pihak ZAHEEN Travel untuk maklumat penuh mengenai dokumen sokongan .
PENGESAHAN DOKUMEN
Sebarang pengesahan pada Salinan dokumen mesti dari pihak pengeluar sijil sahaja :
- Salinan Sijil Lahir/Kematian/Kad Pengenalan hanya boleh disahkan oleh JPN
- Salinan Sijil Nikah hanya boleh disahkan oleh Pejabat Agama (Bahagian Undang-undang Keluarga/Nikah, Cerai dan Rujuk/Bahagian undang-undang Syariah sahaja)
- Surat Izin Mahram disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah serta dilampirkan bersama Salinan Kad Pengenalan pemberi izin (yang disahkan oleh JPN)
- Surat Majikan atau sebarang Surat Deklarasi disahkan oleh Notari Awam.
PENTING : Semua salinan dokumen/surat yang telah disahkan WAJIB diperakui oleh Wisma Putra. Bawa kesemua salinan-salinan ini ke Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri, Putrajaya.
Ya. Perlindungan Pelan Takaful Bekelompok telah termasuk dalam semua pakej umrah ZAHEEN Travel.
Perlindungan ini adalah Perlindungan Kemalangan Diri sahaja.
Perlindungan ini bermula pada hari perlepasan sehingga ketibaan/pulang.
Faedah-faedah perlindungan ini akan diaktifkan hanya jika berlaku kemalangan kepada jemaah sewaktu tempoh perjalanan pakej.
*senarai penuh perlindungan diberikan semasa pendaftaran
Ada. Berikut adalah Syarat & Akuan yang perlu dipatuhi sekiranya anda berdaftar dengan pihak ZAHEEN Travel.
1.PERMOHONAN VISA UMRAH : Anda perlu menghantar dokumen lengkap (mengikut syarat-syarat yang ditetapkan) bagi permohonan visa umrah 45 hari sebelum tarikh penerbangan.
2.PENUKARAN NAMA PADA TIKET PENERBANGAN : Sebarang penukaran nama pada tiket TIDAK BOLEH dilakukan sekiranya tiket penerbangan telahpun dikeluarkan oleh syarikat penerbangan.
3.KESIHATAN : Anda perlu maklumkan kepada pihak ZAHEEN Travel sekiranya mempunyai sebarang penyakit sewaktu mula berdaftar lagi.
4.BAYARAN PAKEJ: Bahawa sebarang pembayaran berkaitan pakej akan dibayar TERUS kepada pihak ZAHEEN Travel.
5. BAYARAN DILUAR PAKEJ:Anda perlu maklum segala caj yang dikenakan selain dari yang ditawarkan oleh Pihak Agensi seperti yang dinyatakan didalam “PAKEJ TIDAK TERMASUK” adalah dibawah tanggungan kos sendiri.
6. TUNTUTAN :Sebarang tuntutan gantirugi atau apa-apa tindakan tidak dibuat sekiranya anda tidak menggunakan segala kemudahan yang disediakan atau sekiranya berlaku sesuatu diluar kuasa ZAHEEN Travel seperti kecurian, kebakaran, bencana alam dan sebagainya.
7. PEMBATALAN:Sekiranya anda membatalkan pemergian tanpa sebab-sebab munasabah setelah urusan penerbangan dan penginapan anda telah selesai dibuat, bayaran ganti rugi keatas anda adalah mengikut ketetapan pihak ZAHEEN Travel dan budi bicara pihak berkaitan.
TEMPOH PEMBATALAN | CAJ |
15 – 30 hari sebelum tarikh berlepas | 50% dicaj dari harga pakej yang dipilih |
08 – 14 hari sebelum tarikh berlepas | 85% dicaj dari harga pakej yang dipilih |
01 – 07 hari sebelum tarikh berlepas | 100% dicaj dari harga pakej yang dipilih |
8. Anda perlu ambil maklum bahawa HARGA, JADUAL dan KELULUSAN VISA UMRAH tertakluk pada perubahan dari pihak penerbangan, pihak hotel dan pihak Kementerian Haji Arab Saudi.
